Saturday 7 May 2011

Tamat diploma!

Salam. Actually lama dah aku nak update entry pasal ni. Tapi, asyik kebusyan je. Entah apa yang busy pun aku tak tau.^^

Setelah 3 tahun, kini tamatla perjuangan aku. Berhempas pulas nak menghabiskan berpuluh subjek yang menyesakkan otak dan dada sepanjang 3 tahun ni.

Waktu sem 1 dulu, aku pernah rasa nak menangis dan berputus asa kerana aku tak da basic dalam akaun. Sem 1 ada subjek financial accounting. Dah la tak da basic, aku rasa sangat tension bila mula-mula belajar. Banyak yang aku terkial-kial. Sampaila aku sangat hampir berputus asa bila ada ketika markah kuiz aku paling rendah dalam kelas. Mana tak nya, sekolah dulu amik sains tulen. Kan dah jauh menyimpangnyer tu.

Tapi alhamdulillah selepas itu bila menginjak ke sem 2 hingga 6, semua subjek yang berkaitan accounting aku dapat skor A. Mungkin diberi kepahitan dulu supaya kita lebih kuat di masa hadapan.

Mula-mula masuk kolej dulu aku mengaku yang agak sukar hidup bersendirian. Aku tak pernah masuk asrama coz memang tak bersedia nak berpisah dengan family. Tapi bila dah masuk kolej, terpaksa. Alhamdulillah ok tapi hampir setiap minggu jugak la aku balik kampung.

Rumate aku sem 1 dan 2, atieyq dan erin juga sangat baik. Dua-dua orang utara. Sem 3 dan 4 aku duduk rumah sewa bersama nora, tirah, ila, eza, meera, diya dan hajar. Ye, mereka semua sangat baik dan gila-gila. Sem 5 dan 6 aku duduk hostel balik. Rumate, bella dan jojo. Dua-dua manusia yang paling suka gelak. Asyik tergelak je kerja. Boleh mereng kepala otak.=_=

Classmate..sem 6 antara paling best. Sem akhir. Mereka semua sangat baik dan tolong-menolong antara satu sama lain. Persaingan juga kuat. Tapi itu satu benda yang positif untuk berjaya.

Pic diambil sewaktu majlis Anugerah Dekan

Pic last kelas hari tu..Ni la lecturer yang suka  bagi bintang-bintang tu, berbaju purple dan berspec

Antara rakan baikku, fai dan syira

Sangat lega bila segala-galanya telah tamat. Kosongkan dan rehat kepala otak sebelum sambung degree. Sekejap je masa berlalu. Kini, tamatla kehidupan di Bangi. Pasti aku akan merinduinya selepas ni.

Now, cik mai sedang duduk melepak di rumah dan mempunyai azam baru untuk menguruskan badan. Ahaxx! Bila la aku nak dapat kerja ni..

10 comments:

kindergartenlibrary said...

tahniah !!
=)

taty rosley said...

gile lhaa . tahnia sis !! :)

Dekcik said...

wah best nye dah abis..
dekcik agy setahun..

entry baru klu rajin singgah..=)
http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/owh-lelaki.html

zoobida wiwi said...

pergghhhh!!!nama aku ada tu!hehehe :)

Sam said...

Assalamualaikum

tina ada dapat kptm jugak. diploma in computer system and networking.tapi rasa malas nak p dan tak pernah berpisah dengan keluarga.so ingat nak pergi form6.minta matrik akaun tak dapat.akaun dapat A ari tu.sekarang susah nak p u.6 A pun tak dapat p mana2 nak kena pergi form6.tapi tak best jurusan.dulu kelas sains tiba-tiba form 6 jurusan kemanusiaan

Mysara Ab Rahman said...

nelly and miss tatie : thanx..:))

Mysara Ab Rahman said...

dekcik : gud luk ye..
tak lama mana pun setahun tu...:)

Mysara Ab Rahman said...

atieyq : ko rasa terharu mcm nak nangis tak?? hehe

Mysara Ab Rahman said...

tina : tu la..mmg slalu org tukar bidang ni..bila dh hbis spm and fikir semasak2nya, baru la tau apa yg betul2 kta minat...

zoobida wiwi said...

terharu gak la..tapi tak sampai nak nangis..hehehe:P

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman