Monday, 30 May 2011

Rindu zaman kolej

Salam. Sudah sebulan lebih aku menjadi bibik tak bergaji sepenuh masa di rumah. Benda yang sama akan aku lalui setiap hari. 1hb ni baru aku start kerja.

Bila duduk rumah ni, mula la ingatan tu melayang-layang ke Bangi. Ye la, student lama dah nak start daftar balik. Aku yang baru je habis ni rasa janggal pulak. Biasanya aku busy sana-sini nak menguruskan pendaftaran semester baru.

Yang 3 tahun lepas tak kan berulang. Jauh di sudut hati, rindu kat Bangi. Bandar Baru Bangi yang sebanyak 16 seksyen tu macam-macam dah aku jelajah. Shopping and makan sana-sini semua pernah. Dasar memenuhkan perut betul! :p

Pagi-pagi kat rumah pegang penyapu macam Cinderella. Kat Bangi pagi-pagi on lappy sambil bersiap nak ke kolej. Kat rumah, kena buat sarapan untuk satu family. Kat Bangi, nescafe 3 in 1 dengan biskut cukup.

Kat rumah tergolek-terlentang bila boring. Kat Bangi, sentiasa ada buku yang menemani. Ke kelas, jumpa kawan-kawan, lepak and baca magazine kat library, gossip-gossip sementara tunggu lecturer masuk, beramai-ramai hampir sekelas buat rombongan cik kiah ke cafe....oh!! Rindunya pada saat-saat tersebut.

Ni classmate sem 6 aku. Yang bertudung hijau tu our lecturer. Pic ni diambil setelah selesai presentation untuk subjek selling

Waktu ni kitorang ke seminar invesment kat dewan kolej

Pic ni sewaktu aku join Kelab Akaun untuk gotong-royong kat Masjid As-Solihin yang terletak betul-betul bersebelahan hostel kitorang. Sangat seronok bila dapat main air dan sabun waktu bersihkan tempat wuduk. Hehe

Tu belum masuk bila boring je aku ajak roomate pergi karaoke. Bantai 10 lagu, 15 lagu! Asalkan dapat lepaskan gian, keboringan dan tension! Nyanyi ala-ala Datuk Siti Nurhaliza walaupun hakikatnya entah-entah bunyi katak tercekik lalat, ada aku kesah?

Ni la dia roomate aku, Bella yang selalu menjadi mangsa untuk diajak karok!

Kawan-kawan....rindunya dengan korang semua. Nak buat reunion macam melampau kan? Baru sebulan berpisah. Actually kami dah buat baju khas D'BANKERS yang diterima last paper hari tu. Kononnya boleh pakai bila kitorang nak buat reunion. Ahaxx!

Lepas ni semua berpecah. Walaupun memang majoriti mohon untuk continue kat uitm, belum tentu dapat tempat yang sama kan? Uitm tu banyak cawangannyer.

4 comments:

Redbloodsnow said...

zie pun sama ar. bc entry ni zie pun terikut² jd rindu kat zaman kolej :(

Ardini Humaira said...

rindu kawan2 dni gak. sobss :')

mysara said...

tu la..kte sama2 rndu zaman tu..=_=

fadh leyanie said...

uitm bnyak cawangan tapimungkin jugak korg boleh dapat tmpat yg sama..hihi..^^

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman