Monday, 9 May 2011

Cari kerja

Salam. Aku baru je balik pukul 8 tadi hantar adik ke mrsm terendak. Sangat sedih coz terpaksa berpisah kembali.T_T

Esok aku harus bangun awal dan bersiap-siap. Nak temankan ayah atas beberapa urusan penting dan cari kerja!! Waaa..dah 2 minggu aku jadi penganggur terhormat kat rumah ni. Boleh dikatakan jadi maid tak bergaji pun ada jugak.

Aku dah tekad dan bulatkan hati, esok mesti dapat kerja! Wajib dan harus! Tak boleh tidak!

Aku bukan la memilih. Nak kerja yang standard je kononnya. Walaupun aku dah habis diploma, tak semestinya aku nak kerja yang standard je. Aku pernah kerja kat pasaraya biasa tau semester break sem lepas. Aku tak kisah kerja apa pun as long as halal. Kerja kedai biasa-biasa pun tak pe asalkan dapat income. Boleh la simpan sikit buat belanja continue degree nanti.

Kerja oh kerja. Bukan terus datang bergolek-golek kat kita kan. Kerja yang biasa-biasa pun ingat senang ke nak dapat? Orang lain pun berebut-rebut nak jugak. Haila..


Wish me luck. Chaiyok! Fighting!!

4 comments:

nur atiqah wahida said...

cari kan keja untuk aku sekali :)

mysara said...

amboi3...
ko pn jd penganggur terhormat gk ek...:p

cikzsmile said...

assalamualaikum
akak sy tag akk kat sini

http://cikzsmile.blogspot.com/2011/05/contest-blog-paling-cool.html

amalina said...

all the best!! oke

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman