Saturday 7 May 2011

Apabila anda menaiki kenderaan awam

Salam. Pernahkah anda menaiki kenderaan awam? Kalau ditanya aku, semestinya sangat-sangat pernah dan selalu coz tak da lesen! Waa....

Aku ada beberapa pengalaman yang nak dikongsi dengan korang, memandangkan aku ni selalu keluar sorang. Itupun atas beberapa urusan penting. Kalau untuk enjoy, baru la berteman. Pernah jugak enjoy sorang-sorang. Hehe

Menaiki bas..

Bas salah satu kenderaan awam yang sangat penting. Aku amatla tak suka dengan keadaan negara kita sekarang yang penuh dengan orang asing. Menyesakkan dan menyemakkan! Tu belum termasuk terpaksa tahan pernafasan ni kerana bau-bau yang tak diingini. 

Pernah satu ketika, yang duduk sebelah aku seorang india tua. Dia yang tiba-tiba duduk selepas mak cik sebelah aku bangun. Bukan setakat tu, mabuk lagi. Aku sangat kaget waktu tu tapi still slamber macho. Oh..jangan serabut. Bila nak turun pun, aku terpaksa cakap baik-baik dengan dia. Fuuhhh!! Nasib sangat baik kerana dapat keluar dari bas dengan selamat.

Ada lagi satu kisah di mana aku memberikan ruang diselah untuk seorang auntie yang berdiri ni. Tapi secara tiba-tiba dan tidak malunya seorang uncle yang duduk. Secara jujurnya, kadangkala aku agak anti dengan lelaki dalam bas ni coz bila kita di luar, tak da seorang pun yang boleh dipercayai kan?

Menaiki ktm..

Aku sangat menyokong dan suka-suka-suka dengan koc wanita yang diwujudkan sekarang. Tak perlu bersesak, berhimpit dengan manusia yang bergelar lelaki. Tambahan pulak kalau orang asing. Aku pernah dengar kes wanita yang diraba. Tapi, syukur alhamdulillah..aku tak pernah kena apa-apa yang tak diingini.

Tapi bila dah semua golongan wanita dalam satu koc, lain pulak ragamnya. Orang kata, orang perempuan ni kurang sabar. Baru-baru ni sewaktu aku on the way ke stesen putra untuk pesta buku, seorang melayu dan cina bergaduh. Nasib baik tak berlaku adegan tarik sana sini kerana keadaan ktm yang padat. Hanya bertegang urat.


Aduhai..kalau naik kenderaan awam ni, berhati-hatilah ye kawan-kawan. Peringatan untuk semua dan diri ini juga. 

6 comments:

eddy said...

Bas dan KTM sahaje ker?
teksi...
LRT....
heeeee

zoobida wiwi said...

betol tu betol..aku selalu je hidu bau yang tak dinginkan!boleh selesema bau!!

Mysara Ab Rahman said...

eddy : tu contoh..hehe..stakat ni sy lum ada pngalamn buruk menaiki teksi n LRT..:)

Mysara Ab Rahman said...

atieyq : betul2..smpi sesak nafas aku tahan!:p

waniey said...

betol3~ bau 2 kurang menyenangkan~

Mysara Ab Rahman said...

sgt2 kn..hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman