Friday, 15 April 2011

Study week

Salam. Aku kat kampung! Sekarang study week. Study week? Aku ni tak macam orang nak exam pun. Buku yang dibawak dari hostel pun masih dalam plastik.^^

Kat kampung ni rasa malas bebenor nak bukak buku. Bangun pagi, kemas rumah sambil on lappy. Tengok tv. Time tengah hari on lappy lagi! Sambil makan ais-krim! Coz bila ibu keluar nak jemput adik kat sekolah mesti aku pesan ais-krim cornetto cokelat satu!!

Aiyoo..malasnyer. Macam ni la kalau duduk rumah. Aura study tu langsung tak da. Kat kolej selak langsir, bukak tingkap, nampak la budak-budak tengah study. Turun lobi, budak study group kat situ pulak. Kalau time duduk rumah sewa seksyen 7 dulu, member rumah suka study group kat shell. Ada tempat study kat situ. Korang yang duduk area bangi mesti tau.

Tu belum masuk mcd kat pkns. Mak aii!! Sentiasa penuh. Tambahan minggu-minggu nak exam ni. Selalunya aku jumpa budak-budak ukm and kptm kat situ. Tu dah macam rumah kedua.

Bila blogwalking and baca entry-entry, ramai yang bercerita tentang nak menghadapi exam. Wah, kawan-kawan blogger jugak sedang sibuk + berserabut macam aku ye? Good luck ye kawan-kawan.

Aku ada 4 paper tapi examnya 3 hari! Semester akhir, exam akhir sebelum menamatkan diploma..=_=

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman