Friday 1 April 2011

Presentation Selling - Part 2

Salam. Maafla kawan-kawan. Entry ni tak sempat ditaip semalam sebab cik mai ke-excited-an balik kampung. Sampai kampung terus golek-golek atas katil. Hoho.

Semalam aku ada satu kelas je. Diulangi satu sahaja! Pagi pulak tu. So, memang best sebab petang free. Kelas pulak untuk presentation je. Aku yang dah present hari selasa hari tu cuma bawak badan dan beg yang berisi payung (takut hujan) dan sebatang pen! Ngeh ngeh. Sempoi giler! Ada 3 group present. Aku cuma jadi penonton terhormat.

Madam siap tanya lagi, "SUARA AWAK DAH OK??" Ye la, hari selasa time aku nak present tu la suara aku hilang di tahap maksimum! Ada dengar sikit-sikit. Tu pun punyer la payah nak keluarkan. Hari ni alhamdulillah dah ok 60 %. Tak sabar untuk ok sepenuhnya. Hehe.

Presentation semalam sangat best dan enjoy. 


Dimulakan dengan group pertama yang menjual produk MYRA STEAM SAUNA.


Mereka terdiri daripada Myra, Lia, Oya, Natul dan Ina


Siap bawak tempat sauna nya lagi. Free to test ya. Masuk je bilik tayangan terus dah terbau wangi. Dengan lilin yang diorang pasang lagi. Diorang ni kreatif. Kami penonton dapat cenderahati potpowri *betul ke ejaan ni??* dan lilin. Colour pink lagi! I like!


Group kedua menerangkan tentang MYTV3

Mereka terdiri daripada Ila, Walis, Ida, Yana dan Mira Solleha

Mereka menerangkan tentang segala aktiviti, benefit dan program yang terkandung dalam mytv3. Dengan bunyi muzik tv3 nyer lagi, sangat happening. Untuk buat keadaan lagi menarik, group ni buat 3 game. Ramai yang berebut-rebut nak participate.

First game..




Game ni siapa yang paling cepat tiup belon sampai pecah, akan menang. Zalah dan Fai mencuba. Memang Zalah la yang menang sebab dia memang suka main tipu! Haha

Second game..




Game ni mengharuskan anda meminum sebotol air sampai habis. Botol yang panjang tu ye. E-in and Syira took part. Sememangnya wanita adalah kaum yang lemah. Ditambah dengan badan Syira yang kecik cinonet tu, memang la dia tak larat. Jadi, E-in la pemenangnya.

Third game..




Game ni memerlukan siapa yang dapat menghabiskan sepinggan epal dalam masa satu minit, dia la pemenangnya. Radzi and Ayu took part. Kata Radzi, dia bukan nak menang sangat sebenarnya, tapi sebab dia lapar. Haha. Macam-macam la korang ni. Tengok Ayu tu, sampai tersedak dia. Radzi pemenangnya.


Group ketiga tentang NIQUITIN. Semua hero-hero kelas. Budak lelaki dalam kelas aku 5-6 orang je. So, diorang satu group la.

Terdiri daripada Zalah, E-in, Radzi, Hazwan, Nafis dan Fauzan.

Budak-budak lelaki ni membukak mata kitorang yang perempuan ni tentang produk bagi berhenti merokok. Memang diorang kata produk ni tak sesuai untuk kitorang yang tak merokok. Tapi sekurang-kurangnya ia benefit untuk kitorang bagitau dekat orang terdekat. Memang agak lama jugak diorang present berbanding yang lain. Ada demonstration cara nak guna.



Kesimpulan presentation semalam sangat enjoy. Lepas present aku tak terus balik. Ada perbincangan dengan group untuk presentation entrepreneurship minggu depan. First group jugak dan aku memegang position as Finance Manager. Hoho.

Wish me luck..:)

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman