Friday, 29 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Salam. Hari ni dah 29hb. Aku dah habis paper 25 hb hari tu. Yeaahhh!! Tamat sudah pengajian peringkat diploma!

26hb bersamaan hari selasa, aku dan kawan-kawan kelas ke Pejabat MARA. Ada urusan sikit coz kami ni pelajar tajaan MARA. Biasala dah nak dekat hujung-hujung ni kan. Paling tak best bila tak boleh continue MARA kalau amik degree kat IPTA nanti. Sob sob..T_T

Lepas tu, kami ke PWTC!! Sure korang tau apa yang sedang hangat berlangsung kat sana kan. 22 apr-1 mei. Alhamdulillah..dapat jugak aku pegi. Sangat seronok dan rambang mata ye bila tengok banyak sangat buku! 

Round punyer round, last-last aku beli 2 novel dan 1 magazine. Novel utama yang memang aku aim nak beli, M.A.I.D.Korang dah baca novel ni? Terbitan KAKI NOVEL. Sinopsisnyer best dan kawan aku yang dah baca pun bagi feedback positif.

Tahun lepas aku tak dapat pergi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tahun 2009 aku pergi. Lepas ni, aku nak jadikan acara tahunan la. Hehe



Pada you all yang tak pergi lagi, cepat-cepatla meramai dan menyesakkan PWTC. Sampai 1 mei je tau! Borong apa yang berkenan di hati.=_=

4 comments:

W x Y said...

duit dh hbs dh.. ini sume PBAKL punya angkara! huhu

W x Y said...

reviu contengan jalan

mysara said...

haha..tp rasa puas..hehe

sy xdpt nk beli contengan jalanan coz dh hbs..:(

Ardini Humaira said...

bestnye g pesta buku^_^

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman