Friday 8 April 2011

On the spot!

Salam. Wah leganya kawan-kawan. Pagi ni aku dapat bangun dengan badan dan otak yang penuh dengan oksigen. Haha. Setelah beberapa hari tidur hanya 3 jam, akhirnya malam tadi aku dapat mencukupkannya. Sangat lega selepas habis presentation semalam.

Entry tentang presentation? Nanti aku kongsikan ye coz hari ni ada lagi group yang akan present.

Actually semalam aku sepatutnya berjumpa dengan salah seorang blogger ukm. Dah hampir seminggu kami mesej nak jumpa, tapi ada je kekangan. Kalau aku free dia busy dan begitulah juga sebaliknya. Kami janji pukul 8 malam. Aku ajak rumate sekali. Bila hantar kad untuk keluar ke guard and mintak permission nak balik lewat sikit, guard tak bagi. Katanya nanti kena kompoun RM 150. Kena buat surat awal-awal dulu and sign by warden. Dah la kitorang planning nak jumpa baru siang tadi je. Yang aku hairannya guard ni, ada orang lain yang keluar and balik lambat sampai 1-2 pagi dan tanpa surat pelepasan, tak pe pulak. How come? Jangan ada diskriminasi dengan pelajar. Mungkin aku tak rapat dengan guard tapi itu bukan caranya dia buat pada pelajar. Peraturan tu biar sama rata.

Disebabkan kecewa tak boleh balik lambat sikit, tapi aku cuba mempositifkan diri jugak. Aku terpaksa batalkan planning nak keluar dengan blogger tersebut. Actually dia ajak aku ke satu seminar yang mungkin habis lewat sikit. Tapi tak pe la. Tak da rezeki nak jumpa kan. InsyALLAH minggu depan. On the spot, aku ajak rumate ke Warta. Kami dah siap-siap macam gini, tak kan nak masuk bilik balik. 

Ke Warta karaoke. Itu yang ada dalam kepala aku dulu. Ye, aku baru dapat suara balik selepas hampir seminggu hilang suara. Walaupun masih ada batuk sikit, aku nyanyi jugak. Asal bedal je! Tak banyak lagu pun. 10 je. Kui kui.

Lepas tu, makan McD. Rumate aku ni dah mengidam sangat dengan Big Mac. Aku seperti biasa, my favourite. Mac Chicken. Memang semalam hari menggemukkan badan. 






Mungkin jugak untuk meraikan diri aku yang sedikit lega dari segala bebanan assignment. Yang tinggal sekarang hanya test sabtu ni. Then, kemas barang balik kampung. Aku dah start nak bawak balik banyak barang. Last kat sini, 25 april.

4 comments:

yatie's EPISODE said...

ha kan betol mekdi warta! yati cam betol! hikhik.

kita sekampong rupenyeee. :D

haishh. makan mekdi, tak ajakkk!!! =p

jeBateja said...

alaa...si yaie...dia pun tak ajak kita makan mekdi ari tu.....sedangkan mekdi warta n tempat kita..sejengkal jerk....

Mysara Ab Rahman said...

yatie : wah..cam je ek..cm ne nk ajak, nama pn on the spot kn....hehe

Mysara Ab Rahman said...

jebat : ala jebat, mai xtau la...actually awak keje kt mana ye??

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman