Wednesday 13 April 2011

Menghadiri seminar

Salam. Ye, semalam saya tak da kelas. Sangat best boleh tergolek terlentang dalam bilik sesuka hati. Tapi aku ada date dengan sorang blogger ukm.

Aku ajak rumate sekali ikut. Baru meriahkan? Dalam pukul 12.15 blogger tersebut sampai ke hostel dengan menaiki satria.


Kami ke satu seminar di Cheras. Apakah seminar itu? Biarlah aku rahsiakan buat masa ni atas sebab-sebab tertentu. Seronok? Ye, coz ini first time aku menghadiri seminar yang sebegitu rupa. Seperti biasa aku yang agak banyak mulut asyik bercerita dan bergelak dengan Bella, rumate aku yang orangnya sudah semulajadi suka tergelak. Ye la, kalau serius sepanjang masa kang boring pulak.


Dalam dok syok dengar penerangan tu, perut dah berlagu-lagu pop rock. Ye la, dah pukul 2 lebih waktu tu. Dah la aku cuma bersarapan biskut + nescafe je paginya. Konon nak diet la katakan. Ahaxx!

Habis je seminar yang hampir 2 jam tu, kami makan dekat kedai area berdekatan. Aku mengisi perut dengan maggie goreng dan neslo panas. Mau membebel ibu akau kalau dia tahu anak dia yang nak exam ni asyik makan maggie je.

Habis dekat situ, aku mintak blogger tersebut turunkan aku dan Bella kat Warta. Hujan seh waktu tu! Aku nak beli barang sikit kat kedai buku. 

Yang rambang matanya bila tengok macam-macam perhiasan kat sini. Hek hek.


Actually, hati ni sangat meronta-ronta ingin membeli novel. Tambahan pulak aku dah jatuh cinta dengan novel dari terbitan KAKI NOVEL. Setakat ni, semua cerita yang aku baca best dan sangatlah tidak menghampakan. Thanks juga pada classmate yang memperkenalkan aku dengan karya terbitan KN.

Kenapa aku tak nak beli? Sebab aku rasa lebih baik aku borong dengan sehabisnya dekat pesta buku nanti. Oh ye, korang pergi pesta buku tak? Boleh kita jumpa-jumpa nanti..:)

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman