Friday, 29 April 2011

Membaca dan dimarahi

Salam. Siapa yang suka membaca? Aku sangat suka membaca novel terutamanya. Minat membaca ni sejak dari kecik. Bak kata pepatah, melentur buluh biarla dari rebungnyer. Cewwaahhh!!

Dari umur 5 tahun ibu ayah dah start belikan buku. Sampaila masuk sekolah seingat aku start darjah 2, aku giler buku. Kalau library tu, 2-3 kali seminggu aku pergi. Buku yang sepatutnya pulang ikut tarikh, aku pulangkan awal then pinjam buku baru. Sikap ni sampaila sekolah menengah. Tak boleh stop! Aku gila nak mencari bahan bacaan baru. Zaman sekolah aku suka pada novel bergenre penyiasatan.


Bila dah habis sekolah, aku start mencari bahan bacaan sendiri. Aku memang suka ke kedai buku. Bau buku tu menenangkan jiwa dan buat  aku teruja untuk membeli. Macam pesta buku baru-baru ni, aku sangat teruja. Aku akui dah banyak koleksi novel. Mungkin ada yang anggap membazir, tapi itu satu kepuasan.

Kenapa dimarahi???

Disebabkan sikap aku yang gila membaca ni, tak kisah la kisah cinta, penyiasatan, magic like harry potter, ibu selalu marah. Mana tak nya, anak dia sorang ni kalau dah khusyuk, tak pandang tempat lain! Orang tegur pun buat tak tau je. Pernah sampai tak makan nasi satu hari! Minum je.

Kalau zaman sekolah pulak, ibu risau takut aku abaikan buku pelajaran. Pernah tengah malam or awal pagi aku bangun semata-mata nak menghabiskan buku yang aku baca.

Dalam kehidupan seharian, mesti ada satu buku yang aku sedang baca. Kalau buku tu dah nak habis dibaca, pasti akan ada back up buku lain yang menunggu untuk dibaca..:)

2 comments:

Ardini Humaira said...

dni pon suka membaca gak hehe kat umah penuh buku... tapi bukan buku pelajaran wakakaka aduyai

mysara said...

haha..
same la kte..:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman