Sunday, 10 April 2011

Kerja oh kerja

Salam korang. Aku baru je sampai bangi. Tengah kemas barang then on lappy untuk mengupdate. Aku dah masuk minggu ke-14, minggu last study! Ada 2 hari je perlu ke kelas. Kelas yang lain dah tak da. Sangat lega.

Minggu depan 20hb dah start final exam. Maybe lappy akan ditinggalkan kat kampung. Huk huk..sedih rasanya. Tapi itu tak bermakna aku tak boleh pinjam lappy member kalau teringin nak update kan kan kan?? Hehe

Last 25hb. Tamat lah perjuangan sebagai seorang pelajar diploma. InsyALLAH. Dalam kepala otak aku ni ligat berfikir nak cari kerja. Ye la, aku cuti 4 bulan kot sampai raya! Kalau dapat continue degree nanti pun lepas raya, bulan 9. Tak kan dalam tempoh tu aku nak duduk rumah. Mau bengap kepala otak ni jadinya. 

Aku ada tanya mak cik aku, mana la tau kalau-kalau sekolah dia perlukan guru sementara. Hehe. Tapi katanya tak da kosong sekarang ni. Bukan musim cikgu bersalin. Kalau tak, dapat jugak aku merasa jadi cikgu kejap. Macam mana la agaknya aku yang tak berapa nak tua ni melayan anak murid? Emmm...

Nak cari kerja kat kedai, aku dah pernah merasa cuti sem lepas. Jadi aku nak cari pengalaman baru. Tak nak la jenis kerja yang sama je. Ye tak?

Sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Member aku dah hantar resume kat bank dah. Aku tak nak la. Aku takut kalau mintak kerja yang better ni nanti aku sayang nak berhenti bila nak sambung belajar. Cari kerja yang biasa-biasa sudah. 

Haiiyyaa..mana mau cari kerja ni. Maybe aku perlu round-round, jalan-jalan, pandang-pandang, jeling-jeling, mana-mana tempat yang ada tulis 'JAWATAN KOSONG'. Tak cukup satu hari rasanya.

Gambar yang tak da pertalian darah dengan entry. Pic yang diambil siang tadi sewaktu aku ke kenduri kahwin. Yang tinggi sebelah tu, kakak sepupu yang tersayang..:)

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman