Sunday, 17 April 2011

Kenapa suka lagu Korea sedangkan tak tahu maksud pun

Salam. Dulu aku sangat heran kenapa orang minat lagu korea. Member aku hari-hari sebut macam-macam lagu. Tu belum kira nama dan kisah artisnya lagi serta tak termasuk dia yang boleh menyanyi lagu tu dari mula sampai habis! Memang sangat la aku heran. Mana tak nya, kalau minat lagu barat tu ok lagi coz tahu la jugak maksudnya. Ni, korea. Kena amik kelas bahasa dulu.

Tapi kini...segalanya telah berubah...

Dalam handphone aku dah ada folder 'k-pop'. Dalam lappy dah ada video lagu-lagu korea. Kalau cerita korea memang aku minat sejak azali. Cuma lagu ni..

Aku masih peminat baru. Hijau lagi! Standard lagu yang mesti ada Sorry-Sorry, Heartbeat, Genie and so on. Group yang aku mula minat, Super Junior and Girls' Generation.






Aku agak pelik coz diri sendiri dah terkena badi nya kot. Ni mesti coz member baik aku, Syira yang setiap hari sogok kan *ayat skema lembaga peperiksaan malaysia* aku dengan macam-macam lagu dan klip video korea terbaru. Perkembangan artis pun dia bagitau! Aku yang tak tau apa benda zero ni dengar je la. Bukan setakat tu, kawan-kawan sekelas lain pun ada yang minat. Syira ni pulak sanggup habiskan RM 300+++ untuk menonton konsert Super Junior kat Bukit Jalil hari tu.

Mungkin melodi nya kot yang buat kita tertarik. Bila dah minat ni, ada jugak rasa nak belajar bahasa korea. Mana tau, sok-sok dapat pakwe korea. Ahaxx! *statement yang sangat melampaui batas..hehe*

8 comments:

Bella Bell said...

saya pon suka korea!hhhehehe..


kadang2 paham maksud perkataan korea tu..tp nk sebut phewwww....susah sangat!hehehe~

zida said...

hahah well, kalau nak faham apa dorang nyanyi tengok la lirik. senang je nak faham. lagi2 kalau rajin tengok movie/drama. boleh la kot sket2 nak cakap korea. hahaa

mysara said...

bella : nk sebut tu yg kena study satu2..hehe

mysara said...

zida : wah..ckit2 tu tau la..yg simple2..
bla masuk part yg dah berbelit2, adoi..pening dah..:DD

sicomot-comel said...

pergh..
300 kalo bg aku tu, boleh makan sampai meletop perut untuk sebulan..
hahaha

Redbloodsnow said...

akak lak kekadang je minat korean song. akak more prefer tgk SND taw. comel² dorg tu. jeles :D

mysara said...

sicomot : tp pd peminat fanatik, tu berbaloi..:)

mysara said...

kak zie : korea kn..diorg ni mmg comel2..hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman