Friday 1 April 2011

Bila mak cik bercerita pasal kecantikan

Salam. Wah, ni entry ketiga untuk hari ni. Rajin sungguh aku menaip. Hehe. Oh ye, hari ni birthday broadband aku yang pertama. Dari 1/4/2010 sampai la 1/4/2011, kejap je dah setahun. Aku rasa broadband kesayangan aku ni pun tau birthday dia. Tu yang line laju semacam je hari ni. Pagi sampai petang online. Ok tipu! Stop sekejap untuk masak.=_=

Nampak tajuk di atas? Kisah bermula pagi tadi. Aku temankan ibu ke klinik untuk check darah. Aku bawak motor. Jangan ingat cik mai tak reti bawak motor ek. Yang terbaliknya, aku yang bawak tapi ibu pulak pakai helmet. Ngee. Ibu yang duduk belakang pakai helmet? Sah dah salah peraturan bila penunggang tak pakai helmet. Tak pe, kawasan sini je. Bukan apa, aku tak suka pakai helmet coz rasa pening nak bawak motor. Aku tau bahaya tapi aku tak boleh. Adakah itu cuma alasan?

Bila ibu check kesihatannya, tinggal la aku duduk sorang-sorang. Nasib baik klinik tu pasang tv. Itupun cerita kartun. Nasib ada kartun avatar, syok jugak aku layan. Tengah duduk-duduk tu, ada sorang mak cik duduk depan aku. Tak tau la nak panggil mak cik or nenek. Umur mungkin dah hampir 60 tahun. Simple memakai seluar dan t-shirt biasa. 

Tengah aku boring-boring tu, aku dengar mak cik ni bercerita dengan kawan dia pasal kecantikan. Krim apa yang dia pakai sampai muka dia macam gini. Bukan setakat tu, siap tanya produk apa yang kawan dia pakai. Tak lama lepas tu, dia keluarkan katalog Avon pulak. Katalog baru! Belum start pun lagi kempen tu. Macam mana aku tau? Sebab aku pun dealer Avon. Huhu. Dia tengah mencari-cari produk apa nak beli. Siap recommend dekat kawan dia lagi.


Wah..aku jadi kagum pulak dengan mak cik ni. Nampak je simple macam jenis tak kisah, tapi sibuk menjaga kecantikan dia. See! Orang perempuan sangat menjaga penampilan kan? Tak kisah la umur dah berapa pun..

6 comments:

Unknown said...

fuyoo dasyat betul hehe

Mysara Ab Rahman said...

mak cik pn pntgkn kecantikan kn..hehe

kindergartenlibrary said...

wow ..nelly tak pasti pentingkn ke tidak ~

Mysara Ab Rahman said...

haha..mana yg btul2 jga ni mmg pntgkn sgt2..
mai rasanya byase2 je kot..hehe

Unknown said...

selamat berhujung minggu sara

wah!! awak dealer avon eik, kak suka barang2 avon tang yang akhir2 muka surat..tak pernah beli luor..asyik beli dgn avon sebab selesa benor dgn kainnya

Mysara Ab Rahman said...

oo...yg akhir2 tu ek...
tau2..hehe

slamat berhujung mggu gk kak..:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman