Monday 18 April 2011

Berblog tak da faedah??

Salam. Berblog tak da faedah? Siapa yang cakap cam tu?? Meh aku cili mulut dia. Waktu mula-mula aku buat blog dulu, ada jugak suara-suara sumbang yang berkata..entah apa-apa, membuang masa, tak da benda la and so on. Tak kurang jugak ada yang memperlekehkan waktu aku mula-mula berblog dulu.



Siapa kata blog ni tak da faedah? Sepanjang setahun lebih aku berblog ni, macam-macam yang aku dapat. Rakan blogger tu memang la. Info penting pun ada jugak yang boleh aku share dengan orang lain. Tak kurang jugak pernah satu ketika dulu aku terlalu tension then on blog. Bayangkan orang tension boleh tergelak. Semua tu selepas membaca komen dari rakan blogger dan blogwalking. Blog banyak merubah hidup aku. Perkembangan semasa pun aku dapat tau dari sini. Blogger yang mengetengahkan kisah personalnya juga aku suka baca. Tak kurang jugak bila berkongsi idea sesama blogger. Mereka amat bersedia untuk memberikan pendapat dan pandangan *eh, same ke?? :p*.

Aku tak pernah rasa berblog membuang masa. Sekarang ni pun on facebook sekejap je. Hanya untuk benda penting dan selebihnya ke sahabat blogger. On blog yang lama sampaikan lappy tak tutup dari pagi sampai malam!

Pernah sorang kawan aku cakap..


"Aku tak pandai nak bercerita kat blog. Mai yang memang bising orangnya, sesuai la ada blog"


Anda rasa orang yang bising or pandai bercakap je ke perlu ada blog? Aku tak rasa macam tu. Ada jugak jenis individu yang pendiam tapi dia meluahkan dengan tulisan. Ye tak?

Selain tu, blog dapat menambah income dengan nuffnang contohnya. Cuba tengok kat blog aku. Ada tanda-tanda kewujudan nuffnang tak? 

Actually hati ni belum tergerak untuk membuatnya kerana aku create blog dulu asalnya untuk suka-suka, tambah kenalan dan berkongsi idea. InsyALLAH satu hari nanti adalah Encik Nuffnang.^^

4 comments:

hafizulhakim said...

saya suka blogging! :)

Mysara Ab Rahman said...

same la kte...:)

cikzsmile said...

assalamualaikum
blog byk faedah
sebab setiap ilmu baik yg dikongsikan dpt pahala ! ^_^

Mysara Ab Rahman said...

yup! betul tu..:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman