Thursday, 31 March 2011

Wanita harus tahu!

Salam. Di pagi hari aku menaip entry. On lappy sambil bersiap-siap nak ke kelas. Dah lama aku memendam rasa nak tulis entry ni. Bukan apa, dah banyak aku tengok dekat sekeliling. Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Yang tak tahu tu la nak kena tahu kan? Bila dah tahu, kena la amik langkah pulak.

Hari ni aku nak terangkan mengenai 2 benda yang kadang-kadang kita terlepas pandang sebagai seorang wanita muslim. Apa dia tu?

Pemakaian sanggul
Dah selalu sangat aku nampak dekat mana-mana sekarang ni. Bertudung tapi bersanggul. Sanggul ni dah jadi satu fesyen sekarang. Ye ke fesyen? Dah selidik betul-betul? Kalau aku jalan-jalan dekat pasar or kedai yang jual tudung, patung pun diorang letakkan sanggul. How come? Sanggul bukan satu fesyen ye semua. Dulu aku tak tau benda ni. Tapi ada sorang ustaz kat kolej yang terangkan. Sanggul ni adalah amalan wanita yahudi. Tak kan kita wanita Islam nak ikut? Memang ada yang kata rambut panjang la, macam-macam sebagai alasan. Tapi, rambut yang panjang tu boleh diikat dan dililit supaya tak kelihatan tinggi dan sanggul kan? Ada cara nak sembunyikan rambut tu. Tak perlu nak buat sanggul untuk kelihatan cantik.   
Dekat tv or mana-mana iklan tudung pun tunjuk sanggul yang tinggi. Mungkin ada yang tak tahu. Kita yang dah tahu ni, jangan la amalkan pulak ye.

Pemakaian cincin
Korang pakai cincin dekat jari mana? Kita ada 5 jari. Kadang-kadang tu ada yang pakai banyak cincin dalam satu masa. Ish, aku dekat jari ni pun kalau ada satu dua je. Biasanya aku tak pakai. Untuk orang Islam, kita harusla pakai dekat jari manis mengikut sunnah Rasulullah saw. Senang je nak dapat pahala kan? Cincin tak boleh dipakai di ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Itu amalam wanita yahudi. Ada sorang rakan sekelas aku dulu kena tegur dengan ustazah kami kat kolej. Cepat-cepat dia tanggalkan cicncin tu dan pakai kat tempat yang betul iaitu sama ada di jari manis atau kelingking. 

Bila ada ilmu, kita kongsi. Ni antara dua benda yang dapat aku taip buat masa ni. Benda ni dah selalu sangat orang buat. Mungkin nampak kecik je tapi ingatlah kita orang Islam. Benda yang salah harus diperbetulkan. Aku pun bukan la manusia yang 100 % betul dan tak pernah buat salah. Tapi, kita harus memperbaiki diri. Yang buruk atau salah ditinggalkan, yang baik di amik dan diamalkan..:)


4 comments:

Farhana Jafri said...

tans siz sara.. bru tahu xboleh pkai cincin kat 3 jari tu.. yg sal snggul tu, dh rmai sgt org skrg buat.. mybe cs kes dr. mashitah halalkan pmakaian mcm tu.. tp sbnrny haram.. frst tym visit.. :)

jemput singgah sini ANASAURUS :)

mysara said...

ok dear...:)

nur atiqah wahida said...

dah ramai sangat dah buat sanggul tinggi tu..yang tak tahannya,siap ada jual sanggul palsu lagi..
tapi susah kan nak tegur orang face to face..takut nanti kita yang kena smash balik..huhu..

mysara said...

tu la..fece to face mmg payah..
tp ak u ada tegur sorg budak ni face to face ujg thn lpas..
mmg susah mula2 org nk trime pe yg kte tegur...

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman