Thursday 10 March 2011

Stress "presentation"

Salam. Hye kawan-kawan! Oh, sekarang ni aku sakit kepala giler weh! Tekanan daripada presentation semalam 9/3 belum habis lagi. Alamak..ni yang tak gemar. Nak buat semua benda pun tak kena. Dah la tak bawak bekalan ubat.*kasihanilah saya..:p*

Meh aku nak cerita dekat korang apa yang berlaku semalam. Actually presentation untuk kelas kedua pukul 2 petang. Subject operations management (OM). Aku nak kata minat sangat dengan subject ni, tak da la. Tapi, boleh la. Kami ada kelas pagi. After kelas pagi, kami ke surau untuk touch up apa yang patut. Bukan ramai pun orang kat surau pukul 10.30 tu. Kami buat kerja sambil tergolek terlentang.


Gambar ni sesuai kot menggambarkan apa itu OM atau dalam bahasa yang lebih pandainya pengurusan operasi.

Lepas tu kitorang dapat tau dari satu kelas yang dah present pagi tadi tentang apa yang diminta lecturer. Presentation full in english, tak boleh tengok fully apa yang ada dekat slide, no note, tepat 10 minit termasuk question and answer and so on. Lecturer aku ni kecik je. Dia guna wedges yang tinggi pun dia masih rendah dari aku. Cuba bayangkan..dah la aku ni bukan tinggi mana pun, 153 cm je. Kecik-kecik dia pun, straight nak mampus! No kompromi! Huh! Itu yang kami satu kelas, ok kalau lebih umum, semua student dia tension. Ok, sudah-sudah mengumpat..:p

Ada 9 group present. Aku group yang ketiga. Lepas dah present, lega yang teramat. Tapi, aku sangat sakit kepla la sekarang. Nasib baik dah last sem. Hope tak jumpa lagi lecturer macam tu after this.

Dalam surau tadi, aku sempat snap tengok gelagat member-member yang under pressure. Final exam pun tak macam ni la ooii!! Mungkin kerana faktor lecturer tu yang membuatkan kami tension. Selama ni kalau ada mana-mana presentation pun kitorang relax je. Tak da la macam ni. Jom! Tengok pic di bawah.


Ni menunjukkan masing-masing tengah sibuk berbincang apa yang patut dekat dalam surau.


Ni pulak gaya salah seorang member aku yang sedang menghafal note apa yang nak diterangkan. Begitu bersungguh-sungguh! Sampai baring lagi! :D


Ni Fai and Syira. Diorang ni group aku. Sedang menghafal and memahami apa yang patut.

Mesti korang tercari-cari di mana tuan tanah kan? *cehh..perasan sendiri*

Ada sorang member aku cakap, "mai, kenapa nampak macam ko tengah tidur?" Alamak..hello! Tak da maknanya cik mai nak tidur sambil pegang note! Haha


Ni lah note yang aku guna petang tadi. Kalau ada pape presentation, memang aku prefer buat note. Senang aku nak rujuk and faham.

3 comments:

lady-D said...

xleh thn tgk kwn mysara yg terlentang tu..take care oke..rest byk2 taw^^

Mysara Ab Rahman said...

ok tq..:)
tu dye btul2 bersggh2 tu..hehe

zoobida wiwi said...

adoi..seksaan aku belum terlepas lagi..dia cancel klas pulak..minggu depan..adoi2..pening pale.

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman