Tuesday 15 March 2011

Rezeki di pagi Isnin

Salam.Kawan-kawan, kisah ini berlaku di pagi isnin iaitu semalam. Actually aku nak update petang or malam semalam. Tapi balik je kelas pukul 4 petang aku dah mengadap lappy menonton MY GIRL sampaila pukul 2 pagi! Wah..lamenyer! Menghabiskan episod 9-16! Kalau study pun tak selama tu kan? Hek hek. Aku dah tengok cerita tu before this tapi aku ulang balik sebab banyak part yang aku tak tengok lagi. Betapa gembiranya bila dapat menghabiskannya! Haha

Ok, jom kita sambung cerita. Semalam kedua-dua rumate aku tak da kelas pagi. Cancel. *aku punyer kelas pagi je tak pernah cancel*. So, aku keseorangan la ke kelas. Bila keluar, bas tak da. Alamak, pak cik bas tu ada urgent ke, bercuti coz anak dia pun cuti sekolah ke or apa-apa la. Aduh..tak kan aku nak jalan kaki kot. Malas. Nanti masuk kelas pagi-pagi dah berpeluh. Tak selesa.

Aku naik teksi sebagai alternatif. Teksi jenis waja. Aku sorang je dalam teksi tu. Diulangi, sorang! So, tambang teksi yang berjumlah RM 4 tu aku kena bayar sorang. Padahal hostel dengan kolej dekat je. Sampai dekat kolej and nak buat payment, aku keluarkan not RM 10. Sekali pak cik teksi tu tak da duit pecah. Pagi-pagi isnin mana la aku ada duit pecah. Dia suruh aku bayar lain kali pulak bila nampak dia. Oh, ni dah kes payah. Aku malas nak cari-cari ni.

Lastly, dia tanya berapa banyak duit kecik yang aku ada. So, aku hanya ada RM 1 je waktu tu dan hanya sehelai. Tu je not kecik. Yang lain tak pecah lagi. Jadi, dia suruh je aku bayar RM 1. Tambang teksi dari RM 4 menjadi RM 1 semata-mata hanya kerana aku tak da duit kecik. Rezeki oh rezeki di pagi hari.



Ini bukan disengajakan okeh. Diulangi, tak disengajakan! Tapi, kalau korang nak praktikkan jugak, apa salahnyer. Hehe.

2 comments:

ardinihumaira said...

wahh memang rezeki ni :D

Mysara Ab Rahman said...

haha..tu la...;)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman