Thursday 17 March 2011

Minggu ke-10..Start busy

Salam. Sekarang aku berada di minggu ke-10. Ada lagi 4 minggu untuk menghabiskan sem akhir ni. Walaupun rasa excited nak habis ni, tapi 4 minggu lagi yang harus ditempuh banyak cabarannya. 

Kerja tak payah cakap la. Menimbun. Walaupun ada 4 subject je, kerja macam 10 subject! Rumate aku pun pelik sebab kerja banyak, tapi subject sikit je. Untuk sem 6 kami under uitm programme tak da praktikal. Jadi, subject sem akhir ni more to practical. Investment, selling, entrepreneurship and operations management. Korang yang amik kos adik-beradik dengan banking jugak mesti pernah study benda-benda ni kan?


Minggu ni bermula semalam, ada meeting Dekan. Apa yang perlu, bila, kad jemputan, perjalanan majlis, semua diterangkan. Hari ni pulak meeting Graduation Night. Agak-agak tema apa ye kali ni? Member-member aku dah mula membayangkan macam-macam tema. So, meeting ni untuk decide tema apa sem ni. Excited? Of course la. Ni sem akhir.

Jumaat esok aku ada test selling. Dah la langsung tak da kelas dan test tersebut pada pukul 5 hingga 6.30 petang! Harap-harap otak aku masih cergas waktu tu. Aku tak suka betul test subject membaca ni petang-petang. Nak buat macam mana, terpaksa. Tak kan nak markah 0 pulak kan.




Minggu ke-10 aku tak habis setakat di situ je. Sabtu pagi pukul 9 aku ada test investment. Banyak calculation yang memeningkan kepala dan formula yang wajib dihafal! Sejujurnya, aku tak bukak lagi buku investment. Sibuk mengadap selling je. Malam ni baru nak study investment sikit.

Petang sabtu, boleh la aku balik kampung. Ahad nak hantar adik balik asrama kat mrsm terendak. Sorry, tak dapat luangkan banyak masa dengan kamu. Kesibukan membantutkan segalanya. Tak pe la. Ahad dapat la aku merehatkan otak ni kejap dekat melaka.

So, ada beberapa hari lagi untuk ditempuh. Wish me luck ya. For you all yang student macam aku jugak, good luck. Kepahitan dan kesusahan yang kita rasa sekarang pasti akan ada kemanisannya di hadapan..:)

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman