Sunday, 20 March 2011

Memenatkan!!

Salam. Leganya..aku baru je sampai hostel kawan-kawan. Balik kampung semalam dan balik ke bangi semula hari ni. Tak menyempat-nyempat sungguh nak update kan? Yang penting, aku dah selesai kemas barang, gosok baju, susun buku dan segalanya la. Oh terlupa! Study untuk kuiz esok belum lagi. Hehe.

Aku sangat penat weh dalam kereta tadi. Kami bertolak dari rumah pukul 3.30 petang sebab nak hantar adik aku ke mrsm terendak, melaka dulu. 2 jam perjalanan. Sampai tertidur aku dalam kereta. Perjalanan balik pun 2 jam. Nak ke bangi lagi dah berapa lama kan. Dengan singgah isi minyak dan beli makanan lagi. Pukul 9.30 malam baru sampai hostel. Pak cik guard pulak buat hal, lembap mencari kad nama aku yang tak jumpa-jumpa. Kad tu untuk masuk hostel. Boleh pulak dia bising kata kad aku tak da. Ni aku menyirap. Last-last aku cari kad tu sendiri and tunjuk depan bijik mata dia.

One more, ibu ada bekalkan makan malam. Hehe. Sambal udang! One of my favourite. Lega rasanya. Tak perlu aku keluar lagi mencari makanan bila perut terasa lapar malam-malam. Tengok bekal di bawah ni. Aku bukan jenis makan lauk banyak. Tu yang bekas untuk lauk kecik je. Alhamdulillah..dah kenyang pun..=_=


6 comments:

TINA said...

Assalamualaikum..

sedapnya :)

ZACK ENTRY said...

wow sambal udang, sedap2x..:)

jeBateja said...

pehhhh....tang makanan tu.....dah kenyang ngupernya...ingat lom habis lagik...ahakz

mysara said...

tina : mestila...hehe

mysara said...

zack : harusla sedap! my feveret! :D

mysara said...

jebat : mstilah dh kenyang..balik kena la terus makan..perut dah lapar bebenor..hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman