Thursday 10 March 2011

MAR jadi budak library??

Salam. MAR for MYSARA AB RAHMAN. Mesti korang rasa nak temuntah kan bila baca tajuk entry aku ni? *tak pe, aku redha..:p* Actually aku pun sedang rasa keloyaan bila nak menaip tajuk di atas. Hehe. 

Sem ni kelas aku isnin sampai khamis je. Ye la, 4 subject je. Setiap hari ada 2 kelas. Isnin, rabu and khamis, ada gap. Means ada kelas pagi then kelas petang pukul 2. Jadi bila dah macam tu malas la nak balik hostel. Tau je la kalau balik hostel ni, kemungkinan untuk tidur sangat besar! *ceehh..dasar teruk!*

Jadi aku dan 2 orang lagi member ke library menghabiskan masa dari pukul 10.30 pagi sampai la dalam 1.30 tengah hari. Bunyi macam lama kan? Boleh tidur, bangun and tidur balik. Awal-awal sem dulu aku rasa macam tu gak. Tapi sekarang bila dah biasa, rasa tak lama mana pun. 

Korang rasa aku study ke dalam library tu? Kemungkinan aku study tu hanya 0.05 % je. Haha. Biasanya aku akan pinjam majalah. Tapi tak mungkin la ada majalah Mangga, Remaja, Eh, Hai and macam-macam lagi. Yang ada Wanita, Anis, Keluarga, Rapi dan yang skema-skema tu. Aku jadi baik la kejap. Sebab aku ni sebenarnya suka baca majalah hiburan. Hehe.




Ada jugak newspaper dalam library tu. Bukan la ramai sangat orang dalam library kan. Aku kebas je macam-macam jenis newspaper yang ada. Asal ada, aku amik la. Tadi aku amik Metro, Berita Harian and Kosmo. Dasar tamak-haloba betul! Eh, jangan salah faham, tambah informasi. Ngeh ngeh.

Sekarang aku dah berada di minggu ke 9 study. Ada 14 minggu je. Tak lama lagi kan. Ni pulak sem akhir. Lepas ni dah tak da aku nak mengadap kolej ni. Yahoo!! tak sabarnya! Kepala dah rasa berat sangat nak menghabiskan sem akhir ni. Hehe.

Nampak ni? Tuan tanah sedang membaca informasi dunia terkini! Haha. *pedulikan muka aku yang makin tembam tu ye..*

9 comments:

ardinihumaira said...

waaa rajin nye :D

Mysara Ab Rahman said...

haha..tu utk isi masa je smntara tggu claz ptg...:p

Siti Hajar said...

dulu saye penah jadik librarian kat skola rendah... best sebab uniform kaler pink... hik3...

=)

ILA HonEyBuNNy said...

wah..bestnya dah nak habis sem....good luck tau...;-)

Mysara Ab Rahman said...

ajar : yeke..msti g best kn..byk buku citer! especially novel..:p

Mysara Ab Rahman said...

kak ila : yup! tu yg xsabar..hehe..tq..:)

zoobida wiwi said...

aku pun same!!!masuk library pinjam majalah..hahaha..hampeh je kan!

alexayussida said...

fullamak...rajen rajen..mmg berinformasi la lps nih:P saya tak penah dpt bertahan dlm library..dlu masa blaja kat skola n utm bila masuk library je tak smpai sejam dah lentok:D teheeee

Mysara Ab Rahman said...

haha..air-cond tu yg mmbuatkan lentok..:DD

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman