Friday, 25 March 2011

M.A lupa bagi ubat

Salam. Bangun pagi hari ni aku dah rasa semacam. Sakit tekak bagai mencucuk-cucuk kerongkong ni. Tak pun macam penukul yang mengetuk dinding kerongkong ni. Sakit sangat nak telan air liur. Dengan penyakit selsema yang baru nak datang. Air jernih mengalir laju dari hidung ni.

Kalau dah ada sakit tekak dan selsema, mesti ada demam sekali. Dia datang dengan pakej. Sungguh la aku tak selesa. Kalau setakat demam dan selsema je aku tak kisah. Sakit tekak ni yang tak tahan sangat.

Aku ajak ibu je klinik temankan. Tak larat nak bawak motor sendiri. Kepala rasa pening-pening lalat. Nasib baik angka giliran tak lama. Jumpa Medical Assistant (M.A), aku terangkan semua penyakit yang bermula hari ni. Aku siap pesan lagi aku nak ubat sakit tekak dan selsema. Si M.A terus laju je angguk dan kata ok.

Aku terus bawak slip yang dia bagi ke kaunter farmasi. Letakkan slip dan menunggu. Bila dapat ubat, aku hanya dapat ubat kumur-kumur untuk sakit tekak, panadol dan ubat batuk. Ubat selsema tak da?? Aiiyyooo...ni aku rasa macam nak mengamuk. Nasib baik aku tak larat. Kalau tak, dah lama M.A tu kena. Sabar je la. Dah la aku tak tahan dengan selsema yang mengganggu rongga pernafasan ni.

Nampaknya aku kena selongkar rumah mana tahu kalau ada stok ubat selsema.


p/s : Harap-harap cepat sembuh..ada exam minggu depan..

4 comments:

jeBateja said...

wah geng...domam plak ke....
Moga hang cepat2 sembuh dan duduk exam dgn jayanya....ahakz...

nur atiqah wahida said...

aiyooo..sama la mai..aku pun demam jugak sekarang..:(

mysara said...

jebat : thanx ye...nk wt cm ne, demam ni nk dtg time ni jgk..:(

mysara said...

atieyq : la..ko pn same ke..moga cpt sembuh ek..;)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman