Monday 21 March 2011

Kenapa yang baik tu ditinggalkan??

Salam. Tajuk tak berapa panjang sangat tapi itu adalah satu persoalan yang harus dijawab tak kisah la kaum adam or hawa. Korang sangat-sangatlah digalakkan untuk memberi sebarang komen supaya kita dapat berkongsi pendapat.=_=


In a relationship atau dalam bahasa lembutnya dalam perhubungan? Aku rasa ramai di antara korang yang ada bf or gf. Tuan tanah? Tak perlu dirahsiakan lagi, semestinya single. Haha. Aku pernah ada bf jugak dulu. Hampir 4 tahun bersama kemudian putus bukan atas kehendak kami. Tapi sekarang aku rasa bahagia hidup single. Dia masih ada sebagai peneman dan pemberi semangat..:)

Apa yang penting dalam sesuatu perhubungan? Kejujuran, keikhlasan atau lain-lain yang seantero dengannya. Dan apa pula kriteria insan istimewa yang dipilih tu? Jangan cakap dengan aku korang pakai belasah je. Sure ada ciri-ciri yang korang inginkan kan? Nak cari pasangan bukan semudah cari ikan dekat pasar. Cari ikan pun kena pilih tau!

Tapi aku tak faham kadang-kadang ada manusia yang dah dapat yang cukup baik pun ditinggalkan? Hah? Ni apa masalahnya? Habis tu nak cari yang macam mana lagi. Kisah ini berlaku pada someone yang aku kenal rapat dan dia adalah lelaki. Gf sebelum ni yang ditinggalkan sopan, baik, cantik dan penuh segala ciri wanita solehah la. Up to date lagi dan friendly. Muka pun sentiasa tersenyum. Nak dibandingkan dengan gf yang sekarang, sosial orangnya. Adakah kerana cara pergaulan jadi perutaraan? Mungkin sorang dianggap kuno dan seorang lagi moden? Entahla..

Aku tak faham apa lagi ciri-ciri yang dicari. Calon yang sedia ada depan mata dah terlalu baik pun ditinggalkan. Tercari-cari yang lain pulak yang sikapnya 50 % kontra. Apa yang diinginkan sebenarnya??

Pada aku, bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan pada kita. Jangan tamak mencari kerana kelak diri sendiri yang merana.

6 comments:

KatekateKite said...

ni kes macam cerita cikgu suh carik rumput paling baik kat padang lah nih.huhuhuuu...... dah ada yg terbaik,kunun2 nak yg lagi baik... ermmm padahal yg kite tinggalkan tu adalah yg terbaik buat kita!

Azie said...

biasalah... manusiakan lebih banyak kemahuan dari penerimaan..
love is blind... tp sebenarnya manusia 2 yg buta
x nampak mana yg baik n buruk...
pasti ada sebab lelaki 2 x pilih pmpuan yg baik
tgok jerk pada buah buahan diluar nampak elok
tp didalam isinya bsuk... kdg manusia nampak baik tp hakikatnya hanya tuhan tahu dan hanya org yg bersama kita tahu siapa kita...

so kita sebagai kawan hanya mampu berdoa yg terbaik untuk dia...
ingt chinta yg dicari pasti akan pergi
tp chinta yg dtg pula kena dijaga dgn rapi....
x semua insan memilih cara hidup yg betol....

jeBateja said...

Den dulu pilih yang pandai masak...terutama LAKSA kedah...

Kedua mestilah CANTIK....maksudnya cantik dimata DEN..kalau mata orang lain tak cantik..den tak kisah...ahakz...

Tang kawan hang tu...may be ada kebenaran UNGKAPAN...wanita yang baik untuk lelaki yg baik..begitu sebaliknya...sebab tu TUHAN palingkan dia dari wanita yg baik td...sebab pompuan td may be akan disatukan dgn LAKI yg lebih baik....May be....

Mysara Ab Rahman said...

3K : biasala manusia kn..dh ada depan mata pn nk cari yg len lg...emm...

Mysara Ab Rahman said...

pink : yup..kadang2 kte xsedar sume tu..hanya Allah swt yg tahu segalanya..:)

Mysara Ab Rahman said...

jebat : mungkin..mai pn rasa cm tu...mai harap pmpuan tu akan dpt sum1 better in da future..mmg skrg dye merana..tp ada kemanisannya d hdapan nnti...:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman