Tuesday, 15 March 2011

Kenapa korang minat cerita korea??

Salam. Entry ini adalah untuk mereka yang meminati drama korea sahaja. Diulangi drama korea SAHAJA! Aku minat menonton drama korea ni dari darjah 6. Budak hingusan lagi waktu tu. Petang-petang duduk mengadap tv. Tak boleh tinggal satu episod! Waktu tu top cerita Winter Sonata, Autumn in My Heart, All About Eve, Hotelier dan macam-macam lagi.

Naik sekolah menengah ada jugak cerita yang aku follow lagi. Tapi bila cerita indonesia dah banyak dekat tv3 and cerita-cerita korea dah berkurang, aku dah tak follow mana-mana cerita. Even dekat 8tv ada tapi waktunya 8.30 malam yang tak sesuai tu memang tak dapat la aku nak tengok. Tu time ayah menonton. Berita kan.

Akhirnya, setelah lama tak follow mana-mana cerita, aku baru je masukkan cerita MY GIRL dalam lappy 2 hari lepas. Aku pernah jugak tengok cerita ni 2 tahun lepas. Tapi tak full. Kejap tengok kejap tak, Itupun dekat lappy member. So, aku follow la kesemua episod. 16 episod! Sampai pukul 2 pagi baru tidur. 


yang ni part last..episod 16..comel..

Aku suka cerita korea ni sebab jalan cerita dia sangat menarik. Paling aku suka bila musim salji. Wah..sangat cantik. Ye la, dekat tempat kita tak da salji. Tengok dalam tv pun jadi la. Hehe. Cerita melayu berbeza pulak jalan penceritaannya. Ye la, setiap negara ada cara diorang yang tersendiri kan. Bukan bermakna aku tak suka menonton cerita melayu okeh! Aku suka jugak cerita melayu tapi depends pada jalan cerita. Faktor aku akan layan sesebuah cerita tu ialah jangan drama yang dipaparkan tu terlalu berat. 

Aku nak tanya korang, korang minat cerita korea sebab apa? Jalan cerita ke? Heroin yang cun and comel ke? Hero yang handsome ke? :p
Meh kita kongsi-kongsi :)

p/s : Aku dah jatuh hati dengan Lee Dong Wook yang berlakon sebagai Seol Gong Chan..*lempang diri sendiri..:p* Karakter dia dalam cerita tu pun best..:)

7 comments:

sarah mohamad said...

best tak my girl ni. uwwwuuu. nak tengok jgak. hihi

mysara said...

tak tgok g ke??
best sgt3 la..
smpi tak tau nk bg brape bintang! ;)

akmal said...

suka citer korea sbb wlaupun citer dia sedih still bnyk part2 lawak yg ada. sngt mudah buat mata berair, so sambil2 cuci mata. hihi

mysara said...

yup..:)
wt mata berair??
mmg dorg pndai wt citer yg mnyentuh emosi..
part lawak plak, mmg lawak..hehe

nur atiqah wahida said...

aku suke jugak!! HERO dia hensem gler!!!! :)

mysara said...

tau xpe! tu yg aku jatuh hati tu...hehe

Misz E'e said...

dh tgk lum citer my girlfriend is gumiho, sungkyunkwan scamdal and my princess ?? best taw citer ni.

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman