Tuesday 29 March 2011

Hilang suara di hari Presentation

Salam. Hari ni aku ada presentation kawan-kawan. Pukul 11 pagi untuk subject selling. Kena menjual lah nampaknya. Tapi malang tidak berbau, jumaat minggu lepas aku sakit tekak, selsema dan demam. Dari hari ahad suara aku dah serak-serak. Isnin dah antara dengar dan tidak. Selasa pagi tadi lagi la. Mula-mula nak bercakap memang tak dengar apa benda!

Aiyoo!! Aku jadi sangat risau. Dan disebabkan risau suara aku ni tak da member-member group mempertanggungjawabkan aku part demonstration. Aku dah makan ubat, minum air masak tapi suara masih macam ni. So, pagi tadi aku amik strepsils. Ayah yang belikan ari tu. Aku amik sampai 3 bijik. Semata-mata untuk presentation. See, pic di bawah. Ni strepsils with honey and lemon. 


Pukul 10 pagi kami dah amik kunci bilik tayangan dekat library. Sejam nak buat preparation. Tiup belon, hias whiteboard, susun barang-barang, bancuh air. Sebenarnya cepat je siap. Kitorang siap layan video lagu-lagi korea. Guna projector lagi! Satu kelas enjoy. Dah macam tengok wayang. Nasib baik lecturer masuk lambat. Oh ye, group aku buat produk minuman Zhulian, PREMIX COCOA. Minuman ni banyak khasiat untuk kesihatan ye kawan-kawan. Antaranya, elok untuk kesihatan mata, pertumbuhan minda, melindungi dari penyakit jantung, membantu pembelajaran dan memberi nutrisi untuk ibu-ibu hamil. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk ni, sila klik SINI ye. Tak mahal pun. 1 pek ada dalam 20 paket. Harga RM 30 something.



Nampak tak pek deket pic ni?? Tula dia minuman Premix Cocoa. Cawan-cawan kecik tu menandakan member aku nak isi air yang telah kami bancuh untuk diberi tester pada kawan-kawan kelas. Promote minuman kan..kenala bagi orang rasa..:)

Dah la kami first group. Kami cuba buat apa yang termampu. Aku dengan suara yang tak da try jugak keluarkan. Dengar la jugak. Nasib baik rakan-rakan kelas memahami. Sepanjang kitorang present pun, diorang banyak bagi feedbacak and support. Thanks ye korang! Korang memang classmate yang best! Lecturer pun puji sikap diorang. Alhamdulillah..

Selesai presentation hari ni, kami rasa sangat lega! Tinggal lagi satu presentation untuk subject entrepreneurship minggu depan. Kami first group jugak. Macam mana ni? Asal cabut undi je kitorang first. Sob sob..

4 comments:

Unknown said...

dik...cari air asam jawa....

chaiyok2...all the best yer

Mysara Ab Rahman said...

air asam jawa?
ok..thanks kak..:)

KatekateKite said...

baguslah 1st group, rezeki tu..... ;)

ermm..... cuba jugak bancuh 1 sudu madu dengan 1 cawan air suam..... ;)
----------------------------------
Hu hu huuuuu T_T . . . . ---> Memang buat gua marah lah lu!

Mysara Ab Rahman said...

madu?
elok ek?
thanx ye..;)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman