Monday 28 March 2011

Bengkel Kerjaya

Salam. Cerita ini berlaku semalam, 27 March. Maaf terlewat update sebab terlalu penat. Semalam, seawal 6 pagi aku dah bangun kat kampung untuk bersiap balik bangi. Bertolak pukul 7 pagi dan sampai 7.30 pagi. Nasib baik dari rumah ke bangi dekat je. Walaupun kesihatan aku belum benar-benar pulih, tapi aku gagahkan jugak.

Sampai je, aku terus letak barang dalam bilik. Tak sempat nak susun satu-satu. Turun beli breakfast nasi lemak then pergi bilik member. Sementara tunggu member siap, boleh la aku melantak jap!

Kali sampai dewan dalam hampir 8.30 pagi. Program kerjaya ni terhad untuk 150 orang pelajar sahaja. Penceramah, En Husnal Az Hari dan Madam Irene dari Bright Future Services sangat best. Mereka menerangkan segala yang diperlukan untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak. Dibahagikan kepada tiga slot. Slot satu, motivasi kerja. Slot dua, penulisan resume dan slot yang ketiga tips temuduga. Memang dekat kolej kita belajar jugak semua benda ni. Tapi kita tak tahu apa sebenarnya kehendak industri sekarang, apa yang masih relevan. En Husnal merupakan seorang individu yang selalu bertindak sebagai penemuduga di sektor korporat. Jadi, banyak tips berguna dan kehendak penemuduga yang diberi pada kami. Kami belajar dari segi teori dan praktikal.

Program yang bermula dari pagi tu habis pada pukul 6 petang. Seharian kan. Tapi tak rasa lama pun. Mungkin kerana seronok kot. Makan pun tiga kali! Pagi, lunch dan petang! Dengan keadaan dewan yang berair-cond tu, badan yang belum sihat ni menggigil. Tapi aku tahankan je. Nasib baik mampu. Syukur alhamdulillah..:)


Ni la rupa tuan tanah bersama rakan-rakannya semalam. Nampak tak muka aku yang langsung tak bermaya tu? Muka macam orang sakit kan?

Balik je sampai hostel, aku rasa badan ni start panas balik. Apa lagi, mandi, makan then amik ubat la. Aku kena bertahan untuk mengharung minggu baru ni. Banyak benda penting nak kena buat. Kuiz, assigment, presentation semua tu wajib! Memang tak boleh nak amik MC! Oh badan..harap kamu kuat...

1 comment:

Sam said...

Assalamualaikum

lamanya dari 8.30 sampai 6 ptg

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman