Wednesday, 9 March 2011

Apabila hostel sunyi...

Salam. Oh..minggu ni keadaan hostel aku sungguh sunyi. Budak-budak program kptm cuti seminggu and yang tinggal dekat hostel ni cuma student program uitm. Dah la tak ramai sangat uitm yang duduk hostel. Even toiletmate aku pun budak kptm. So, memang minggu ni kami sebilik boleh menggunakan toilet dengan sesuka hati je la.

Biasanya kalau bersiap pagi-pagi nak ke kelas, aku akan bukak tingkap. So, dapat la tengok dekat blok berhadapan kitorang student lain jugak tengah bersiap. Tingkap mengadap tingkap! Haha. Tapi minggu ni, bila aku bukak tingkap, area depan gelap je. Majoriti yang duduk dekat blok depan ni budak kptm yang bercuti.

Semalam waktu lepas maghrib aku turun bawah untuk bungkus makanan, tak da sorang manusia pun dekat lobi! Hairan bin ajaib! Tak pernah kejadian ini berlaku. Ngeh ngeh. Waktu aku order makanan pun, cepat je siap. Mana tak nya, aku sorang je waktu tu. Tengah syok-syok aku baru nak layan cerita kat tv cafe, diorang dah panggil, order dah siap. But, i like. Tak perlu tunggu lama sampai naik  sakit pinggang aku duduk.

Keadaan ini hanya untuk seminggu sahaja. Lepas ni akan dengar la balik macam keadaan pasar walaupun dah tengah malam. Aku rasa budak-budak ni ingat diorang dekat zaman persekolahan lagi kot. Tu yang gelak, berlari, bising macam kanak-kanak sekolah!

Oh ye, petang kang aku ada presentation untk subject operations management. Aku agak suka subject ni tapi dengan keadaan lecturer yang straight nak mampus tu buat bukan aku je, tapi sekelas tension. Pape pun, wish me luck ya..:)




Mungkin agaknya macam ni lah gaya yang boleh aku praktikkan nanti..:p

2 comments:

hamzah ian said...

sedapnye header...

nur atiqah wahida said...

ha,btol tu mai,bising nak mati.ape la berlari ke sana ke sini + menjerit macam budak2 kan??
eh,ko da present ke??aku esok..camne weyh??
lecturer tu straight kan..heih!

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman