Tuesday 22 March 2011

Alhamdulillah..I'm happy today!!

Salam. Hari ni antara hari yang menggembirakan bagi aku. Walaupun sekarang ni kaki aku lenguh-lenguh dan kepala pening coz kena hujan petang tadi.

Hari ni berlangsungnya Anugerah Dekan untuk semester julai-november 2010 dan tempat yang dipilih kali ini ialah PALACE OF GOLDEN HORSES, THE MINES. Aku tak naik bas sebab kami budak-budak kelas dah janji nak konvoi. Hujan pulak renyai-renyai. Tak jauh pun dari bangi. Thanks to Mira yang tumpangkan aku..:)




Entry ini ditaip bukan untuk tujuan riak ye. Aku cuma nak berkongsi kegembiraan yang aku rasakan dengan blog kesayangan. Benda ni pun adalah hasil usaha diri sendiri. Alhamdulillah..aku rasa bersyukur sangat-sangat. Paling penting, ucapan terima kasih buat ibu ayah dan keluarga serta lecturer yang banyak membantu dan menyokong selama ini. Tak lupa juga buat teman seperjuangan. InsyALLAH..kejayaan yang digapai sekarang biarla berterusan..:)

Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke POGH. Hotel yang sangat cantik dan keadaan persekitaran yang mendamaikan. Kami sampai hampir pukul 3 petang. Majlis berlangsung dari pukul 3 hingga 6 petang. Aturcara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari pengerusi kptm bangi. Kemudian, barulah penyampaian anugerah untuk pelajar program uitm.

Disebabkan perut dah berlagu-lagu dan aku rasa pengacara majlis pun faham, kami menjamu selera dulu sambil didendangkan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan juga choral speaking. Kemudian, barulah disambung dengan penyampaian anugerah untuk pelajar program kptm sebelum kami menadah telinga mendengar ucapan dari rektor kptm pulak.

Sebelum mengakhiri majlis, kami harus menyanyikan lagu kolej dan lagu 1 Malaysia. Seriously lagu 1 Malaysia tak hafal. Tau part chorus je. Hehe. Tapi, nasib baik ada lirik. Bedal la nyanyi. Suara sumbang ke, pitching lari ke tak kisah. Yang penting, enjoy! Oh tak ya, bacaan doa sebagai penutup majlis..:)

Kalau tak snap, tak lengkap rasanya kan. Memang jadi artis hari ni. Asyik bergambar je. Penat senyum sana-sini. Ni antara pic yang ada dalam handphone aku. Sorry la, handphone 2 mp je. Gambar tak cantik pun.T_T..Pic yang melambak-lambak lagi ada dekat member. Penat kalau nak upload. Hehe.




Kedua-dua pic di atas menggambarkan keadaan di dalam dewan


Ni la Mira..Aku pergi naik kereta dia la. Cantik kan? Tak boleh ngorat! Dah berpunya. Hehe


Ni adalah keadaan sewaktu kami harus menyanyi dengan suara yang tak sempat nak praktis lagi..=_=

6 comments:

jeBateja said...

Taniah beb....hebat tul hang...

macam MIRA...den pun dah berpunya...tak leh NGURAT...waka...waka....ahakz

Mysara Ab Rahman said...

thanx..:)
amboi3..mentang2 dh kwin..hehe

yatie's EPISODE said...

tahniah sayanggg!~ ^^

best woo wat dinner dekan dekat hotel. yati punye dinner kar dewan uitm tu je laa. huhu

Mysara Ab Rahman said...

thanx..:)
ok la tu..dinner jugak kan...:)

zoobida wiwi said...

congratz mai!!! :)

Mysara Ab Rahman said...

u too atieyq...:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman