Wednesday, 9 February 2011

Yang mana satu?

Salam. Permohonan UPU dah dibuka. Aku baru je isi hari tu. Aku amik diploma under UITM. So, bulan depan baru isi permohonan degree untuk UITM. Kalau dapat UITM, boleh la transfer credit. Aku dah tak sabar nak habis study and kerja. Boleh pegang duit sendiri and paling penting bantu ringankan beban family. Kerja oh kerja.

Aku amik diploma in banking. Memang diakui yang aku minat banking sejak darjah 5 lagi. Lama kan? 10 tahun lepas. Bila menginjak ke form 3, minat terhadap dunia penyiaran mula datang. Mungkin kerana waktu tu aku sedang bersama dengan seseorang yang bekerja di dunia penyiaran. Hampir 5 tahun bersama menjadikan aku tau sedikit demi sedikit tentang dunia penyiaran. Dari suka-suka, lama-lama jadi minat yang mendalam. Aku minat nak jadi wartawan penyiaran tak pun pengacara..hehe.


Lepas spm dulu, aku ada planning nak sambung bidang penyiaran. Bak kata ayah aku, aku memang suka bercakap. Time sekolah dulu, aku suka involve dalam bahas, pidato, sayembara puisi, drama, pesta pantun and so on. Pengalaman manis bila dapat jadi emcee untuk pertandingan peringkat negeri. Minat tu makin mendalam. Pengacara dan wartawan yang aku minat of course la noradzlina redzuan and wan zaleha radzi.



Aku nak mohon penyiaran lepas spm dulu, tapi ibu ayah lebih nak aku teruskan niat ke arah banking. Ye la, dah la zaman sekolah amik sains tulen walaupun hakikatnya aku tak minat subjek sains. Demi ibu ayah, aku teruskan. Memang aku teringin nak bekerja di sektor kewangan dan perbankan. Cita-cita untuk menjadi seorang wartawan aku simpan kemas di sudut hati. Aku kadang-kadang keliru sebab dua-dua aku minat.


So, aku teruskan jugak mohon kos-kos yang berkaitan dengan banking seperti accounting, finance, economy and islamic banking. Satu pun aku tak isi bidang komunikasi massa. Tak pe la kan..

Tapi aku ada mintak izin dengan ibu ayah, andai kata aku dapat kerja untuk menjadi seorang  wartawan ataupun bekerja di bidang penyiaran, aku akan teruskan. Biarlah ada  kelulusan lain tapi kerja lain. Tak pun, buat part-time kan. Minat tetap minat. Kalau rezeki di bidang banking, aku akan teruskan la..:)

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman