Tuesday 8 February 2011

Seorang pelajar harus...

Salam. Ya..back to normal. Rasa sangat malas lepas cuti mid sem seminggu. Hati 95 % masih di kampung. Berbalik pada tajuk di atas, seorang pelajar harus......

1) Bangun awal pagi. Lepas subuh, tak boleh tidur. Kena terus bangun untuk bersiap. Sem 6 ni semua kelas pagi. Tak da maknanya boleh berehat-rehat sebentar bersama kit kat. Malas macam mana pun, kalau  tak datang kelas nanti lecturer potong carry mark. How come...

2) Buat assignment. Assignment tu datang sekali serentak untuk semua subjek kadang-kadang. Nak submit dalam tempoh jangka masa yang sama. Itu nak buat, ini nak buat, mana patut dulu, mana patut kemudian, semua buat kepala tambah serabut. Bukan setakat kena hantar hard copy, tapi kena prepare slide show untuk presentation. Macam gini lah kehidupan sepanjang satu sem. Kalau bertangguh, lagi lah tak menjadi nanti. Kalau kerja tu siap pun, kualiti nya tak da.

3) Bersedia dengan kuiz dan test. Kalau zaman sekolah dulu, esok nak exam, baru aku baca buku. Itupun, baca ala kadar je. Yang buat betul-betul bila peperiksaan besar. Sangat pemalas zaman dulu-kala tu. Tapi sekarang, tabiat tu tak boleh lagi. Setiap kuiz dan test masuk dalam carry mark. Silap sikit, habis la. Result teruk, kena repeat, siapa kena tanggung? Diri anda sendiri..

4) Jaga pemakanan dan kesihatan. Oh, benda ni harus dititik beratkan ye. Kalau perut anda kosong, macam mana nak study. Pemakanan kena jaga. Tidur juga harus secukupnya. Paling kurang 6 jam. Jangan pulak terlebih-lebih, nanti badan lemah.

5) Merehatkan fikiran. Luangkan masa bersama kawan-kawan, family or sesiapa sahaja untuk korang tenangkan fikiran. Tak boleh 24 jam mengadap buku. Boleh giler jadinya. Kalau aku paling suka pergi menonton wayang, karaoke tak pun shopping. Itu la orang perempuan kan. Tak da benda lain. But, watch out! jangan terlebih berbelanja. Tak pasal-pasal, tension benda lain pulak.


Perit yang kita rasa sekarang insyALLAH ada bayaran yang lumayan di hadapan nanti. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ok. Ni je yang dapat aku senaraikan. Kepala pun tak berapa full denagn oksigen coz baru lepas balik kelas. Kalau you all nak tambah, silakan =_=. Jumpa lagi!

6 comments:

wahida said...

perggghhhh...lama giler x masuk sini...ko sihat?
ko belajar rajin2 tau...jgn jadi melayu mudah lupa...eh, tetiba..

Ina said...

belajar rajin-rajin tau..dapat result bagus..

jalan blog kiter ye..thanks.

ina nazir

::FAIZ:: said...

pelajar harusla sentiasa cantik... (haha tetibe)

Mysara Ab Rahman said...

wahida : ok..insyALLAH...:)
cita2 n impian harus dkejar

Mysara Ab Rahman said...

ina : ok..ada mai singgah..:)

Mysara Ab Rahman said...

faiz : ha? harus mcm gitu ka? :p

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman