Saturday 26 February 2011

Sem akhir!

Salam. Lama tak update. Mungkin seminggu kot. Bukan apa, line broadband ni yang buat aku rasa macam nak hentak je kadang-kadang. Ditambah pulak dengan kuiz, test dan assignment, tu dah cukup buat aku pening kepala. Dengan kerenah toiletmate aku *budak bilik sebelah yang baru sem 2 tu* yang agak menggeramkan hati pun ada gak.

Aku rasa nak menghabiskan semester akhir diploma ni mak aii!! Dugaan bebenor! Kalau tak kuat aku rasa dah mereng sekarang. Ngee~~

Setiap minggu bila tiba hari khamis je, *sebab jumaat tak da kelas* aku and member akan kira berapa banyak kerja yang harus dibereskan untuk hujung minggu. Aku mengaku memang kami selalu mengeluh sebab belum ada hujung munggu yang kami boleh rasa free. Waktu menaip entry ni pun, aku sedang menyiapkan assignment yang WAJIB di submit isnin. Dah la ada test jugak..:/

Tu belum ditambah lagi dengan lecturer aku yang straight sangat-sangat. Semua nak on time, tanpa kompromi, Kalau tak, 0. Tu belum kira pada sesape yang bagi MC, dia akan kol no telefon klinik yang tercatat untuk sahkan. Adoyai. Nasib baik setakat ni kedatangan aku masih full.

Memang aku ada 4 subjek je. Tapi 4 tu la yang kerja melambak-lambak. Semua nak cepat je. Nak cari bahan bukan boleh online dan google semata-mata kan? *dasar pemalas!*, kena keluar jalan-jalan cari pasal cari bahan.

Ni baru sem akhir diploma. Agak-agak macam mana la sem akhir degree nanti pulak kan? Sesiapa yang ada pengalaman boleh la kongsi dengan aku yang kerdil ni..:p


6 comments:

mimie =) said...

hik3...
sme la...
dtg singgah n follow..
follow me back if u want to..
btw nice blog...

Mysara Ab Rahman said...

thanx..:)

KNS said...

u.U tgk tmpt belaja la kot..
kte tgh dgree ni xdela dpt lec yg straight camtu...
esaimen berlambak tapi tertekan ckit je..=p
fuhhhhhh

Mysara Ab Rahman said...

yekot..
mai adasorg lect ni je yg bermasalah cm tu...
yg len ada gk yg straight, tp still leh kompromi...
yg sorg ni, lgsg xbley! :DD

jeBateja said...

yolaaa...mmg ramai lah pelaja baru kat tempat hang belaja...penuh jalan dengan kenderaan...ahakz...

Mysara Ab Rahman said...

haha..yeke..
mmg pn..xckup parking la...

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman