Wednesday 9 February 2011

Selamat bersara cikgu

Salam. Khamis, 10 hb menjadi detik persaraan buat pengetua sekolah kesayangan aku, Pn Solleha bt Hashim. Setelah 6 tahun berkhidmat di SMK Dato' Klana Putra, sekolah tercinta ku. Agak sedih bila aku berada di kolej dan tak dapat hadir ke sekolah untuk sama-sama meraikannya. Aku ada berjumpa dengan pengetua 2 minggu lepas atas urusan sekolah. Sempatlah berbual setelah hampir 2 tahun tak berjumpa.


Pn Solleha menjejakkan kaki dan mula berkhidmat di sekolahku pada tahun 2005. Aku baru form 3, kanak-kanak ribena lagi. Aku sangat suka dengan sikap beliau yang baik, tegas serta komited dalam tugasnya. Jika ada pelajar yang melakukan kesalahan, pengetua bukan jenis suka menghukum melulu. Beliau ada cara diplomasinya yang tersendiri. Mungkin ada di antara student yang tak suka dengan sikap cerewet beliau, tapi pada aku cerewet untuk kebaikan itu bagus. 

Di bawah pentadbiran beliau, sekolah dianugerahkan sebagai JOHAN SEKOLAH SELAMAT PERINGKAT NS, TEMPAT KE 3 PERTANDINGAN SEKOLAH SELAMAT PERINGKAT KEBANGSAAN dan macam-macam lagi. Selain itu, beliau juga merupakan pengetua cemerlang.

Aku masih ingat lagi sewaktu amik keputusan spm sekitar mac 2008, pengetua la tempat aku melepaskan tangisan gembira. Pengetua la yang aku peluk dan beliau la yang menyokong aku. Kenapa bukan ibu aku? Sebab aku pergi amik result sendiri bertemankan adik sepupu. Sebelum menyambung pengajian, aku juga ada berbincang dengan pengetua. Walaupun dulu aku aliran sains tulen tapi kini mengambil perbankan, pengetua sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata nasihat. Sehingga kini, untuk membuat permohonan menyambung pengajian ke peringkat degree pun aku masih mendapatkan pandangan pengetua.

Terima kasih cikgu! Aku mengaku yang aku agak sedih bila dapat tau beliau akan bersara. Baru-baru ni waktu aku bertemu dengan beliau, beliau sempat bergurau 'KALAU MAKAN NASI MINYAK, JANGAN LUPA JEMPUT SAYA'..insyALLAH..Aku tak kan lupa. Adik aku pun dah dapatkan nombor telefon dan alamat pengetua. 

Guru yang baik akan sentiasa di ingatan dan hati kita kan. Walaupun pengetua tak pernah mengajar aku, tapi entah macam mana dia la guru yang aku paling rapat. 

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman