Sunday, 6 February 2011

Saya masih belajar

Salam. Aku boleh dikatakan masih baru jugak dalam dunia blog ni. Aku start create blog 25/10/2009 tapi aku tak aktif langsung waktu tu. Terbiar je sunyi sepi blog ni tanpa tuan tanah.  Dalam pertengahan 2010 baru la aku aktif sikit. Kadang-kadang kekangan masa untuk mengupdate dan internet yang lembap kalah siput tu sangat menjengkelkan aku. Huh!

Actually aku create blog ni sebab nak tambah kenalan and berkongsi cerita dan idea dengan anda di luar sana..dalam hati ada cita-cita nak jadi wartawan.  Mula-mula buat blog, serius aku rasa macam..'ADOI, BANYAKNYER KENA BELAJAR', dan sampai sekarang pun aku masih belajar lagi. Masih bertatih orang kata. 

Blog aku bukan macam Hanis Zalikha, Irene Nadia Marcello, Cik Epal or Nisa A tu. Blog mereka sangat best and of course la ramai followers. Blog aku ni hanya picisan je =_=. Paling penting, tulislah dengan cara yang ikhlas. Aku pun selalu terjah ke blog orang lain. Silent reader? Emm..normally aku follow mana blog yang aku selalu datang. Boleh berinteraksi dengan tuan tanah kan kan kan..

Blogwalking dapat membuka mata aku menerjah ke dunia orang lain. Seronok tau! Ada jugak entry korang yang buat aku terhibur bila boring-boring or tension. Bila on blog, aku pasti akan check dekat komen and shoutmix box.

OMG, sudah pukul 1 lebih laaa...Esok nak balik bangi. Aku mengaku yang assignment tak siap lagi. Buku pun bersepah je tu. Ngeh ngeh. Sesungguhnya aku tersangat la malas tahap dewa nak buat kerje-kerja yang lecturer bagi tu. Kadang-kadang aku terlupa yang aku ni student final semester. Ish, memang tak sedar diri langsung! Dush-dush kepala sendiri. Ok kawan-kawan, mau kemas barang. Apa yang aku rindu kat bangi tu hanyalah kueh teow goreng dekat hostel yang sangat sedap!


Sebelum terlupa, jika ada apa-apa yang anda nak tegur tentang blog saya, sila tinggalkan komen ye. Jangan malu-malu, segan-segan tapi boleh lihat-lihat =_=. 

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman