Monday, 7 February 2011

Dari melaka ke bangi!


Salam. Aku dah sampai hostel dalam pukul 10.30pm malam tadi. Dari petang tadi keluar rumah sebab hantar adik aku ke mrsm terendak dulu. Biasalah, kalau sekolah ni mesti before pukul 6 kan? Lepas tu, kitorang shopping pulak dekat area melaka tu. Barang kat sana murah-murah kalau nak dibandingkan dengan aku yang selalu beli barang dekat area selangor. Aku mengaku yang  memang agak rambang mata la. Tapi, harus berjimat ok! Duit kena simpan sampai cukup bulan.  


Then, kitorang singgah dekat pasar malam. Wow! Aku tak pernah singgah mana-mana pasar malam area melaka before this. Pasar malam yang agak besar kawasannya dan hampir kesemua peniaga adalah melayu. Satu hati satu jiwa betul. Macam-macam yang kitorang beli. Dalam kereta kitorang ngap la! Perut dah tersangatlah lapar waktu tu. Memang sedap! Lepas ni boleh la singgah lagi. Tak jauh dari Sg Udang.


Ayah aku tak nak ikut PLUS untuk ke bangi coz on the way nak hantar adik aku tadi, jalan ke KL dah jam. Inikan pulak dalam pukul 7pm macam tu kan. Lagi lah sesak. So, kami ikut jalan biasa yang melalui area pedas, rembau. Itupun jam jugak. Nak elok yang sana, kena yang sini pulak. Memang semua pakat betul nak meng'jam'kan jalan. Adoi..mengantuk giler. Aku boleh tidur bangun tidur bangun tu pun tak sampai-sampai lagi. Nasib baik bukan aku yang drive.


Sampai je dekat bangi aku rasa macam heaven giler. Tapi sebelum tu, penat rasa badan ni ditambah pulak dengan bawak berbeg-beg untuk naik ke tingkat 2. Sakit tangan ni. Ye la..kali ni aku borong seberapa banyak jenis biskut cokelat yang boleh. Susu Anlene pun aku beli. Kononnya untuk menyihatkan tulang..hehe..

4 comments:

Ina said...

biasalah..mana-mana pun jem skang ni..tak leh nak elak..kalau tak nak jem..kena dok jauh dari kl

putERi-kAtEk said...

hahaha...betol2....kesian pulak kan...kwn2 sy pun balik KL, ada yang dri terengganu bas pukul 11 pagi...smpai KL pukul 1 pagi...

mysara said...

ina : tu la..seremban yg jarang jem tu pn jd jem teruk

mysara said...

PK : ish..lamenyer..mmg..klu dh sume nk blik ri ahad, mmg jem la

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman