Thursday 10 February 2011

Burger ayam kurang sayur!!

Salam. Aku dinner seawal pukul 7 petang. Lunch aku cuma makan biskut oat krunch ok. Kelas sampai petang. Pe lagi, aku bedal nasi goreng daging merah satu! bukan dua tiga empat ek. Air suam sebagai penghilang dahaga. No ais ok. Dah sebulan aku cuba kurangkan ais. Tak elok untuk kesihatan, perut and tambahan pulak aku ni senang sakit tekak yang terus berantai sampai demam.

Konon sekarang tengah try control makan, tapi order nasi jugak. Tak pe, skali-skale kan. Rindu dengan nasi bergoreng. Tapi hari ni bermasalah sikit. Lepas makan nasi tu rasa nak beli makanan lain lagi. Aiyoyo minachi! Gemuk sudah! Alasan sebab nak stay up, esok ada test. Actually esok aku tak da kelas. Memang sem 6 ni aku tak da kelas hari jumaat. Biasanya hari ni aku dah balik. Tapi disebabkan test esok aku terpaksa menunda kepulanganku. :( 

Sabar ye peminat-peminat family ku di kampung..:)

Stay up? tak tau la berhasil ke tak..ngeehhh Ibu gelakkan aku bila aku kata beli burger sebab nak study. Katanya 'ASAL JANGAN JADI ULAR SAWA SUDAH'. Ish..ibu ni, tau je kelemahan aku. No no. Maisarah kena study! Esok test! Tapi kenapa aku masih tekun mengupdate entry ye?? =_=

waktu aku order burger tadi....

Aku : Burger ayam original kurang sayur ye satu..

Si Penjual : Ha? Kurang sayur?

Aku : Aah..*sambil tersenyum kambing  pelik*

Pelik ke aku mintak kurang sayur? emm..akak sepupu aku beli burger mintak daging je tau! Tak da roti pun. Kalau orang lain suka lebih sayur, aku tak. Confirm-confirm sebelum nak ngap burger tu aku buang dulu sayur dia. Aku tak suka sayur yang macam tak da rasa tu. Keras je kadang-kadang. Dah la potongan halus yang tak cantik..banyak songeh betul!  Tapi aku rasa macam lebih baik burger tak da sayur la coz aku akan buang semua sayur. Hehe..


Sebut pasal burger ni terasa lapar balik. Aku tengah ego ni tak nak makan burger dulu. Nak study dengan jaya nya first. Ok, bye!

4 comments:

akeep razalee said...

sedap giler!!!! lapa!!!!!

Mysara Ab Rahman said...

hehe..lapar kn...:p

cik blink blink said...

nape tak cakap tak sayur terus...kan senang....huhuhuhuhu

Mysara Ab Rahman said...

xterpk..hehe..lpas ni la kne mtak cm tu...:p

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman