Wednesday 2 February 2011

Belacan dan Paku


Salam kawan-kawanku. Cuti ni biasa lah. Kalau tak mengadap tv, memang tak sah kan. Aku suka tengok Malaysia Hari Ini (MHI) kalau time pagi-pagi. Tak pun Nasi Lemak Kopi O bila jumaat, sabtu and ahad. Dari dulu lagi. Kadang-kadang adik aku sampai cakap aku ni macam orang tua la. Lantak la! haha..asalkan aku bahagia. Walaupun dalam hati menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang pengacara. Ececeh..berangan lagi aku ni!


MHI edisi 1 feb ni menyelitkan pasal 2 orang mat salleh ni. Belacan dan Paku. Kalau korang free, bukak youtube and search la 'Belacan dan Paku'. Confirm korang terhibur. Aku gerenti punyer! Aku bukak pun tergelak sorang-sorang. Actually diorang berdua ni berasal dari US. Tapi diorang suka cakap melayu. Wah, itu satu kebanggaan kan?? Memang sangat-sangat terhibur. Oh ye, anda juga boleh search mereka di facebook.

dari kiri : Paku, Belacan

Antara yang uniknya jugak, diorang suka makan durian! haha..lawak pun ada jugak. Sampai si Paku ni sanggup cari durian merata-rata dekat US. Nasib baik jumpa. Tengok la pic di bawah. Betapa happy nyer dia. So, pada you all yang disayangi semua, selamat meng'search' dan menghiburkan hati ye..:)

2 comments:

::FAIZ:: said...

u know i love Durian... makan 5 bijik pun takpe...

tetibe nak makan sbb tgk pic tu

ILA HonEyBuNNy said...

heheh..ila pun duk layan neh..hehheh

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman