Thursday, 27 January 2011

Cuti mid-term

Salam. Alahai..bestnyer bila dapat cuti kan..Seminggu pulak tu! Heaven giler! Baru je rabu minggu lepas aku balik sampai hari ahad di kampung. Cuti Thaipusam. Kali ni cuti raya Cina pulak sekali dengan cuti mid-term. Orang kata, orang lain raya, orang lain cuti. Hehe..

Rumah aku bukan la jauh mana sangat pun. 30 minit je dari tempat aku study ni. Tu yang setiap minggu mesti nak balik. Rindu dengan ibu ayah dan adik-adik terchenta. Tambahan pulak kali ni, adik aku dari asrama pun balik. Alangkah indahnya dunia bila semua ada. Kawan-kawan kata aku anak manja. Aku tak malu pun mengaku. Yes, I am! Ala..korang jealous la tu..

Waktu entry ni ditaip, aku dah habis kelas. Eh, sepatutnya ada kelas petang ni. Tapi, kami telah menggoreng lecturer dengan mengatakan yang ramai dah beli tiket untuk balik kampung. Ngeh ngeh. Sorry madam. Nanti kita ganti kelas ye. Kami janji walaupun kami memang la tersangatnya malas!

Petang nanti ayah aku jemput. Tak da la bnyak mana pun barang aku nak bawak balik.Cuma aku rasa buku je yang teramat lah berat. Setiap lecturer berlumba-lumba nak bagi kerja. Konon biar kitorang sentiasa ingat la dekat diorang. Heh! macam mana aku nak timbang buku-buku ni kasi kurang ye? Mau sakit tangan nak bawak beg buku turun tangga nanti ni. Tu belum kira kena study untuk test after bukak cuti nanti. Oh no! cik mai tak dapat la nak berehat bersenang-lenang tergolek dan terlentang di rumah!

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

anak manja... hehehe

mysara said...

don't be jealous..:p

mizzbutterfly said...

happy short holiday :)

HonEyBuNNy said...

selamat bercuti...;-) ila pun baru sampai smlm..heheh

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman